Friday, November 29, 2013

BREASTFEEDING

Vitamin bukan berfungsi untuk membanyakkan susu. Ia lebih kepada kesihatan badan ibu secara fizikal dan mental. Ibu yang bekerja perlu sihat dan bergerak aktif selain emosi yang sihat dan sentiasa bersemangat menjalani kehidupan seharian.
Semua pun tahu asas penyusuan susu ibu. Cara untuk memastikan supply susu ibu yang berterusan :

1. Pump ikut jadual. Jangan skip.paling kurang pam2-3 jam sekali
2. Stay hydrated. minum air paling kurang 3 liter sehari.minum skit2 tapi kerap
3. Power pumping.
4. Tandem bila di rumah. Cuti/raya/ada kelas pun kena pump okeh.nak seribu daya
5. Keep calm. Stress penyebab susu merudum.
6- Elakkan berdiet keterlaluan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori.
7- Jaga kesihatan dengan cara menjaga pemakanan yg sihat dan seimbang.
________________________________________
Kenapa susu berkurangan

Selain kurang menyusu, bekalan susu berkurangan mungkin disebabkan:
1. Penggunaan ubat-ubat tertentu
2. Pil perancang
3. Tiroid rendah
4. Anemia
5. Penurunan berat badan mendadak
6. Sejarah masalah hormon
7. Payudara pernah cedera atau dibedah
8. Plasenta tertinggal
9. Pembentukan kelenjar tidak sempurna
10. Penggunaan puting keterlaluan
11. Terlalu awal memperkenalkan makanan
12. Bayi tidur malam tanpa menyusu
13. Cara menghisap salah
14. Menghadkan masa atau cara menyusu
15. Penggunaan pelapik puting
16. Mengandung
17. Kenbali bekerja dan tidak memerah ikut jadual

Sumber: Penjagaan ibu & si kecil

No comments:

Post a Comment