Pengambilan vitamin yang betul dan pada masa yang betul sangat membantu. Namun kunci utama ialah perlu amalkan 3 perkara ini secara konsisten dan berterusan. Bukan hari ni buat, esok tak buat, lusa buat...memang tak nampak kesan. Perlu buat setiap hari.
1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.
2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 L sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.
3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian. (utk cust Muslim ye...klu agama lain bole berdoa mengikut agama masing2..:D)
Supplemen hanya membantu memberikan tubuh anda cukup nutrisi, kekal cergas dan bertenaga utk menghasilkan susu yang mencukupi mengikut keperluan si manja anda. ♥
No comments:
Post a Comment